salam semua...
da nak penghujung disember da...tak lama lagi da nak masuk tahun baru...
banyak yang berlaku dan yang menguji diri..
YA ALLAH..tabahkan lah hati hambamu dalam menempuh liku2 hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan..sesungguhnya ENGKAU lah yang maha pengasih dan pengampun..ampunkanlah segala dosa2 ku..dosa kedua ibu bapaku yang telah menjaga dan mendidik aku sehingga sekarang dan selamanya...ampun kan juga dosa keluargaku..saudara mara dan umat islam didunia dan akhirat...jauhkan lah kami dari azab api neraka Mu...Amin Ya Robbal A'lamin....
Isnin, 10 Disember 2012
Sabtu, 13 Oktober 2012
Jumaat, 12 Oktober 2012
12.10.12
telah genap usiaku 25 tahun.. 12.10.12..
semoga hidup ku ini diberkati oleh ilahi..semoga juga aku dapat menempuh hari2 yang akan mendatang dengan penuh kesabaran serta ketabahan..
banyak ujian yang Allah berikan..aku tahu setiap apa yang Allah berikan pasti ada hikmah di sebaliknya..
aku redho atas semuanya..takdir aku..aku terima YA Allah..
Banyak yang aku pelajari dari pengalaman..YA Allah kau tetapkan la hatiku untuk selalu mengingati MU..sesungguhnya aku adalah insan yang lemah..amin Ya Allah..
semoga hidup ku ini diberkati oleh ilahi..semoga juga aku dapat menempuh hari2 yang akan mendatang dengan penuh kesabaran serta ketabahan..
banyak ujian yang Allah berikan..aku tahu setiap apa yang Allah berikan pasti ada hikmah di sebaliknya..
aku redho atas semuanya..takdir aku..aku terima YA Allah..
Banyak yang aku pelajari dari pengalaman..YA Allah kau tetapkan la hatiku untuk selalu mengingati MU..sesungguhnya aku adalah insan yang lemah..amin Ya Allah..
Isnin, 24 September 2012
PERJALANAN HIDUP MANUSIA
Perjalanan hidup manusia tidak selalu mudah
untuk dijangka. Tidak ada jaminan bahawa mereka yang sudah berjaya akan
selamanya berjaya. Demikian juga mereka yang nasibnya kelihatan begitu buruk,
boleh jadi keadaannya menjadi lebih baik pada masa-masa akan datang. Oleh itu,
kita tidak boleh berputus asa ketika mengalami kesusahan hidup, dan juga jangan
berasa aman jika kehidupan kita berada dalam kesenangan dan kejayaan.
Apabila dilanda ujian hidup yang sangat berat, kita perlu memberikan
secebis harapan bagi diri kita sendiri terhadap peluang datangnya kebaikan pada
kemudian hari. Demikian juga apabila hidup kita selesa dan berjaya, jangan
sampai kita kehilangan sikap hati-hati dan berhemat terhadap kemungkinan yang
buruk pada masa-masa akan datang.
“ Kisah David Pelzer, sebagaimana yang dia
tuturkan sendiri melalui trilogi bukunya, A
Child Called It, The Lost Boy, dan A
Man Named Dave, Pelzer mengisahkan perjalanan awal hidupnya yang amat
tragis dan kehidupannya setelah itu. Dia merupakan korban penderaan kanak-kanak
(child abuse) kedua terburuk di Amerika Syarikat.
Sejak kecil dia menjadi sasaran
penganiayaan oleh ibunya sendiri. Setiap orang yang membaca kisahnya akan
berasa susah untuk membayangkan betapa seorang ibu boleh bersikap begitu jahat
pada anak kandungnya sendiri.
Pelzer kecil tidak diperlakukan sebagai
seorang manusia oleh ibunya sendiri. Dia dipanggil dengan sebutan ‘it’ kata
ganti bahasa inggeris untuk benda atau haiwan. Saban hari dia diseksa, tidak
diberi makan (kadang-kadang diberi makanan sisa dari tempat sampah). Dia
pernah dikurung didalam bilik mandi yang diisi bahan kimia yang nyaris
membuatnya mati keracunan. Wajahnya pernah dibenamkan dalam lampin adiknya yang
masih bayi yang penuh najis sehingga najis itu masuk tertelan ke dalam mulut
dan hidungnya. Pernah juga dia ditusuk pisau dan dibiarkan luka dan kesakitan
selama berhari-hari tanpa rawatan.
Pelzer kecil mengalami semua seksaan itu
tanpa dapat memahami apa yang sebenarnya terjadi. Dia tidak memahami mengapa
ayahnya tidak pernah membelanya dan selalu kalah setiap kali bertengkar dengan
ibunya. Dia juga tidak mengerti mengapa dia diperlakukan secara berbeza dengan
saudara-saudaranya dan mengapa dirinya sahaja yang selalu menjadi korban tabiat
buruk ibunya. Sebagai anak yang masih kecil, dia sama sekali tidak mengerti.
Yang dia tahu dan cuba lakukan hanyalah berusaha untuk bertahan, berusaha untuk
tetap hidup.
Dia membesar menjadi seorang anak yang
aneh. Pergi ke sekolah tetapi tidak mampu bergaul dengan teman-temannya.
Pakaiannya lusuh dan tidak terurus. Dia juga terbiasa mencuri makanan
murid-murid lain (demi memenuhi rasa laparnya) yang membuat dia semakin dibenci
dan dijauhi. Pelzer menjalani semua itu sampai awal usia belasan ketika salah
seorang gurunya melihat badannya yang penuh bekas luka. Petugas sosial, melalui
keputusan mahkamah, kemudian memisahkan Pelzer daripada ibu bapanya.
Apakah permasalahannya sudah
selesai?..Apakah seorang anak yang bertahun-tahun menjadi korban penderaan akan berubah menjadi baik dan berjaya hanya
dengan dipisahkan daripada ibu bapanya?.. Tentu sahaja tidak. Pelzer melalui
masa-masa yang sukar. Perilakunya masih aneh dan ganjil dan beberapa orang ibu
bapa angkatnya terpaksa menyerah dan mengembalikannya ke lembaga sosial untuk
dicarikan ibu bapa angkat yang baru. Tetapi pada akhirnya dia dapat melalui
semua itu.
Pelzer kemudian menyertai Angkatan Udara
Amerika Syarikat. Pada tahun-tahun kebelakangan dia juga menjadi penceramah
seminar dan seorang motivator, menulis beberapa buah buku, dan memperolehi
beberapa penghargaan atas prestasinya. Keadaannya berubah sepenuhnya. Anak yang
mengalami ‘neraka dunia’ pada masa kecilnya ternyata mampu meraih kejayaan pada
masa dewasanya.”
Nasib manusia memang susah untuk dijangka.
Oleh kerana itu, kita tidak perlu berasa irihati dengan keberuntungan orang
lain. Jalani sahaja kehidupan kita sendiri dengan tuntunan Islam.
Kalau nasib kita kurang beruntung, maka
bersabar sahaja dan jangan hilang harapan. Dan kalau hidup kita penuh nikmat
dan bahagia, maka banyak-banyaklah bersyukur serta tetap waspada akan
kemungkinan datangnya musibah setelah itu. Insya’Allah semuanya akan menjadi
baik bagi kita.
Khamis, 20 September 2012
CINTA DAN RASA MEMILIKI…
Cinta itu adalah keinginan untuk memberi,
bukan keinginan untuk memiliki. Walaupun begitu, ketika sedang jatuh cinta,
rasa memiliki yang ada pada seseorang akan cenderung menguat. Semakin besar
rasa cintanya, semakin besar pula rasa dan keinginannya untuk memiliki.
Sebahagian orang membiarkan perasaan seperti itu menguasai dirinya, padahal
orang yang dicintainya itu sama sekali bukan miliknya. Jika tiba-tiba sahaja
orang yang dicintai itu pergi meninggalkannya, maka dapt dibayangkan betapa
besar kekecewannya dan betapa hancur hatinya.
Ada sepasang muda-mudi yang berkawan sejak
sekian lama. Mereka berkawan sangat akrab walaupun antara kedua-duanya tidak
ada ikatan khusus. Rupanya hubungan itu sudah begitu lama dan begitu dekat
hingga si gadis diam-diam berasa jatuh cinta pada teman lelakinya itu. Rasa
cinta ini, seperti umum berlaku, menimbulkan rasa memiliki yang kuat pada diri
si gadis. Sehingga gadis itu berharap kawannya itu suatu hari akan melamar
dirinya dan mereka dapat menjadi sepasang suami isteri.
Tetapi harapannya menjadi hancur saat
temannya ini memutuskan untuk menikah dengan orang lain. Hal ini membuatkannya
berasa sangat kesal, walaupun dia tidak menyatakan secara terbuka. Dia berasa
marah dan ingin menampar pipi temannya itu, atau memukul wajahnya dengan kuat.
Mengapa begitu? Kerana dia menyukai teman lelakinya ini tatapi sebaliknya si
lelaki mahu menikah dengan gadis lain. Dia bersikap seperti itu kerana tanpa
dia telah berasa memiliki temannya ini dan tidak rela “miliknya” ini diambil
oleh orang lain.
Namun apakah dia berhak marah? Bukankah dia
belum menjadi isterinya? Bukankah antara mereka tidak ada ikatan apa-apa pun,
selain sebagai teman biasa sahaja, walaupun diam-diam dia menyukai temannya ini,
dan mungkin temannya pun ada sedikit perasaan suka kepadanya? Mengapa dia mesti
marah kalau dia tidak memilikinya?
Tentu sahaja yang menjadi penyebabnya
adalah rasa cinta dan rasa memiliki. Dia sudah berasa memiliki teman lelakinya
ini sehingga dia tidak rela jika temannya itu menikah dengan orang lain.
Rasa memiliki yang terlalu besar terhadap
benda atau terhadap orang lain dapat menimbulkan permasalahan serius bagi kita.
Sebaiknya kita menyederhanakan rasa cinta dan rasa memiliki ini. Dengan begitu,
kita tidak akan berasa terlalu tertekan dan sedih berlebihan pada saat
terjadinya perpisahan atau kehilangan….
Rabu, 11 Julai 2012
Langgan:
Catatan (Atom)